Liang Lahad....

Liang Lahad....


HIMPUNAN SEJUTA BELIA - PEMBINAAN AKHLAK REMAJA?

Posted: 27 May 2012 06:13 AM PDT

Himpunan sejuta belia...
sebenarnya tidak sampai sejuta belia pun...

Rata-rata belia yang datang sana tu adalah belia yang sama setiap hari...
mereka semua diangkut ke Putrajaya dan tidur kat sana...


Malahan ramai pelajar peringkat menengah pun diangkut dengan bas rombongan dan berkhemah di tempat yang disediakan...
kelab-kelab seperti pengakap dan lain-lain di sekolah menengah diwajibkan hadir...

Mereka semua ni berkhemah di tempat parking kereta berhampiran dengan tapak himpunan hari belia..
hari jumaat adalah hari akhir sekolah sebelum cuti penggal...
jadi kesempatan ini digunakan kerajaan bagi menggunakan para pelajar...

Macam mana aku tahu...?
saudara aku yang masih belajar di sekolah menengah pun turut terbabit dalam himpunan tersebut..
dia terpaksa berkhemah di satu tanah lapang....
panasnya tak payah cerita ler..

Jadi kalau dah budak-budak yang sama jer yang datang ke himpunan tu masa bila pulak ianya jadi sejuta ataupun dua juta seperti yang digembar gemburkan oleh utusan..?

Tapi bukan itu yang aku nak ketengahkan...
apa yang aku nak ketengahkan adalah isu 
  • Akhlak,
  • Moral dan 
  • Maksiat yang digunakan bagi menarik pengunjung...

Sampaikan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang telah dijadualkan di PICC,Putrajaya pun terpaksa dibatalkan...

Mari kita lihat...
apakah akhlak anak muda kita akan meningkat dengan sajian hiburan sebegini...??

semua yang ada adalah hiburan yang mendedahkan
perkara yang biasa bagi pemimpin... kalau ditanya pasti akan dijawab "apa salahnya..?"

tiada sesalan dihati pemimpin untuk terlibat dengan acara sebegini
apa nak kata..?
Pemimpin pun sama,tak lepaskan peluang..

mempengaruhi muda mudi kita

antara aksi hiburan yang dipaparkan sebagai tarikan pengunjung muda mudi

Seorang wanita muslim berlari mendapatkan artis pujaan..

Wanita Islam dengan selamba memeluk lelaki yang sah-sah bukan muhrim

So...
siapa yang berani kata perhimpunan yang ada unsur-unsur yang sebegini tidak mengundang dosa..?

Inikah nilai-nilai yang ingin kita terapkan ke dalam diri anak muda negara ini...?
apa yang lebih malang sekali adalah semua aktiviti ini ditaja dan dianjurkan oleh pemerintah negara kita...
pemerintah yang mungkin ada diantara kita yang mengundi mereka sehingga mereka berjaya meraih kuasa pemerintahan..

janganlah kita bersubahat lagi dengan memilih mereka lagi dalam PRU akan datang...
mereka berkuasa kerana kita beri mereka undi...
mereka bebas menganjurkan aktiviti maksiat kerana mereka mempunyai kuasa yang kita beri melalui undi...

Selamatkan Malaysia...!!


No comments:

Post a Comment