Liang Lahad.... |
BERITA DI CANADA - SATU DUNIA SUDAH TAHU NAJIB TERLIBAT DALAM RASUAH KAPAL SELAM Posted: 17 May 2012 02:04 AM PDT Laporan yang sentiasa cuba dielak oleh utusan dan TV3 adalah perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan rasuah RM500 juta... Skandal pembelian ini juga mempunyai hubungkait dengan pembunuhan seorang warga Monggolia yang dibunuh dengan kejam dan kemudian diletupkan dengan bom C4 milik tentera... Altantuya merupakan seorang model dari Monggolia yang kemudiannya menjadi penterjemah kepada Razak Baginda di dalam proses pembelian dua buah kapal selam tersebut... Beliau dibunuh apabila beliau datang ke Malaysia untuk menuntut USD500 juta dari Razak Baginda sebagai harga untuk beliau menutup skandal pembelian tersebut... Walaupun Utusan tidak melaporkan... manakala TV3 pulak sekarang ni sedang sibuk melaporkan fitnah seks termasuk tarian tayang bontot oleh puak-puak UMNO dihadapan rumah Ambiga... Perbicaraan kapal selam tersebut tetap juga menjadi perhatian dunia... itulah bagusnya dunia internet tanpa sempadan ni... Kisah perbicaraan skandal pembelian kapal selam ini sudah sampai ke Kanada...ianya dilaporkan oleh sebuah portal di Kanada... lihat sini... Satu dunia sudah tahu tentang kes ini yang melibatkan Najib,Razak Baginda,Syarikat Perimekar dan juga Altantuya... Malu aku ada PM yang mempunyai kes yang sebegini besar... Berputih matalah Najib kali ni.... walaupun Najib selalu kata dalam ceramah beliau,"jangan sampai kita berputih mata terlepas Putrajaya dari tangan BN..." Baca petikan ini... KUALA LUMPUR: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau. Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia. Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis. Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda. Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis. Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan. Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda. Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai. Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda. Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur. Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera. Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang. Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene. Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene. (Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis) Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik. Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan. Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain. Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan. Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya. Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis. Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya. Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi. Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki. Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain. Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib. Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana. HarakahDaily. |
GAJI PEMANDU ZAHIDA DIBAYAR OLEH SHAFIE APDAL,TAPI ZAHIDA TAK KENAL SIAPA SHAFIE APDALTU. Posted: 17 May 2012 12:07 AM PDT Hari ini Zahida Rafik sekali lagi menafikan dakwaan bekas pemandu beliau dan megatakan bahawa beliau tiada kaitan dan tidak kenal dengan Shafie Apdal... Yang aku hairan adalah.. jika beliau tidak mengenali Shafie Apdal tu... kenapa pulak Shafie Apdal menggajikan seorang pemandu dan kemudiannya menyuruh pemandu tersebut menjadi pemandu khas kepada Zahida Rafik..? Tak ke bangang namanya tu..? Kisah Zahida Rafik dan Menteri UMNO Shafie Apdal yang tidak berapa nak afdal tu memang sudah diketahui umum pun.... cumanya mereka kini buat seolah-olah mereka tidak bersalah... itu yang berlaku saman menyaman tu... dan keluarlah penafian demi penafian... Semalam bekas pemandu peribadi Zahida Rafik yang gajinya dibayar setiap bulan oleh Menteri UMNO,Shafie Apdal membuat pengakuan bahawa beliau mengetahui dan menyaksikan bagaimana wang dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.. Lihat Video ini.. Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu. "Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. "Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai. Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank. "Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya. Penafian yang dibuat oleh Zahida ni boleh lah kita samakan dengan penafian yang pernah dilakukan oleh Sharizat Jalil... kalau korang ingat Sharizat Jalil pernah menafikan beliau mengetahui segala pembelian harta peribadi keluarga mereka yang dilakukan oleh suami beliau dan anak-anak beliau... Konon-kononnya suami Sharizat beli harta berjuta-juta tu tanpa pengetahuan dia... samalah macam Zahida ni... pemandu dia tu gajinya dibayar oleh Shafie Apdal.. bagaimana pulak dia kata dia tak kenal dengan Shafie Apdal.. Tapikan... penafian bodoh yang semacam ini akan tetap juga dipercayai oleh pembaca utusan tegar... kita tak boleh buat apa-apa... Mereka seakan tidak berminat nak tahu macam mana Shafie Apdal tu boleh ada wang yang sebanyak itu.... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment