Biar Mahkamah tentukan - KERANI BANK Disiasat kerana beri maklumat pelanggan kepada media

 
 


 
Johari (tengah)
Akibat dari tidak boleh menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan..
maka Sharizat mengambil keputusan untuk tidak menyambung jawatan Senator beliau sekaligus melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012 lalu...

Menurut Naib presiden PKR, N Surendran..
"Sama ada dia (Johari) pembocor maklumat atau tidak, pokoknya pihak berkuasa memburu orang yang mendedahkan penyelewengan dana awam berjumlah suku juta ringgit dan ini salah.

"Hentikan siasatan ke atas Johari segera kerana jika beliau merupakan pembocor maklumat, beliau sepatutnya diberikan anugerah," katanya dalam sidang media bersama Johari di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan dipercayai melibatkan salah satu daripada siri pendedahan oleh pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli, khususnya berhubung pembelian hartanah bernilai RM10 juta di KL Eco City oleh NFC.

Johari Mohamad, mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai Public Bank dan Bank Negara selama lebih seminggu sebelum diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan tersebut.

Johari berkata beliau kemudiannya meletak jawatan pada 2 Mei lalu atas alasan tidak tahan dengan tindakan berkenaan.

"Saya telah melalui proses siasatan dalaman di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja

Johari turut ditanya sama beliau boleh mengakses maklumat dan dokumen bank seperti yang dinyatakan dalam notis perbicaraan dalaman tersebut."Saya (hanya) sebagai kerani bank, saya tak boleh akses lebih daripada itu," katanya yang berkhidmat 17 tahun di bank tersebut.

Jawapannya itu disambut Surendran yang berkata siasatan ke atas Johari masih berlangsung dan pihaknya tidak mahu menimbulkan prejudis ke atas perkara itu.

Orang yang didakwa mendedahkan maklumat penyelewengan pula yang disiasat teruk...
 

No comments:

Post a Comment