"tukanglawan"

"tukanglawan"


Ganggu Mahasiswa, Umno Sudah Salah Langkah

Posted: 20 Apr 2012 05:22 PM PDT

Umno tidak pernah senang hati dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa dan aktivis occupy dataran, jadi semasa mahasiswa dan aktivis occupy dataran bergabung tenaga untuk berkampung di dataran merdeka, mereka telah mengarahkan DBKL menghalau mereka, dalam kejadian tersebut, khemah-khemah telah dirosakkan, dan beberapa mahasiswa telah dicederakan. (baca sini)

Selang beberapa hari selepas itu, dapat berita polis dan DBKL akan adakan operasi "mengeluarkan" Mahasiswa dari dataran merdeka pada jam 3 pagi,bagi "tukanglawan" kemungkinan itu akan ada kerana tindakan mereka dapat disembunyikan pada waktu begitu, tiada media, dan tiada ramai orang awam, berita itu disebarkan di facebook, blog dan laman twitter sehingga jadi kecoh dan ramai yang turun membantu sehingag operasi itu dibatalkan. (baca sini)

Kemuncaknya ialah pada keesokannya. jam lebih kurang 230 pagi, sekumpulan samseng yang diketuai samseng jalan kebun (panglima buntal) datang dan mengasari Mahasiswa disana, ada mahasiswa wanita yang menjadi mangsa sepakan, bukan setakat itu, kumpulan samseng itu juga merompak barangan mangsa, selain merosakkan khemah-khemah mangsa untuk menakut- nakutkan mahasiswa. ( baca cerita kat sini)

Tapi semua itu tak berkesan, sehari selepas serangan. tinjauan "tukanglawan" mendapati dataran merdeka sudah menjadi tapak pesta, jika hanya ada kurang dari 100 peserta dan aktivis pada hari sebelumnya, sehari selepas kejadiaan, seramai lebih 500 orang peserta dan aktivis berada di tapak perkhemahan itu.

Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka.

Bukan setakat itu, jika sebelum ini jumlah sumbangan makanan tidak terlalu banyak, sekarang sudah berubah, sumbangan makanan yang dihulurkan bukan setakat boleh memberi makan kepada Mahasiswa, namum sekarang aktivis dan orang awam juga diberi kongsi bersama.

Hari pertama "air mineral" itu adalah sumbangan kebiasaan saja, sekarang sudah ada air kotak milo, ribena malah juga air botol 100 plus, sudah ada juga nasi lemak, mee goreng selain dari roti pada awal perkhemahan mereka, malah sebelum ini bekalan makanan diletak di bahagian tepi khemah dan ditutup dengan plastik untuk mengelak dari dibasahi hujan, sekarang sudah ada penyumbang khemah besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan makanan.

Lihatlah sebenarnya ini sikap rakyat malaysia, bantu membantu dan tolong menolong, tak perlu pun berbelanja besar untuk laksana konsep 1 malaysia yang cuma retorik itu, bagaimana BN mahu lakukan, jika parti dalaman kompenen BN masih berteras perkauman,

BN sudah silap langkah, mereka mahu menyerang dan menakutkan, dalam keadaan sekarang BN sedang terkepit teruk. mereka sebolehnya tidak mahu menimbulkan pergeseran, apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan, tapi mereka juga takut dan rakus,

Kebangkitan mahasiswa perlu dibendung, DBKL digunakan bagi melindungi apa sebenarnya yang mereka mahukan, Polis digambarkan sebagai berkecuali, tapi rakusnya mereka kerana guna pelampau umno, itu silap besar. dan sudah pasti kepala yang mengupah samseng jalan kebun itu sudah pun dipanggil mengadap sembah kaki najib.

Tak perlu kempen besar-besar pun, lihatlah sendiri beza pakatan rakyat dengan umno, kami bersatu dan sentiasa hulur bantuan tak kira agama, dan tak kira bangsa, tapi puak umno ni, nak tolong sama bangsa melayu pun tengok kaum jugak, jika beri kepentingan pada mereka baru tolong, jika tidak.. tak perlu.... Umno.. sudah boleh buang 1 Malaysia tu, kerana pakatan lebih Global dari itu, kami membuktikan kami lebih relevan,

Bayangkan jika Pakatan yang memerintah malaysia, sudah pasti tiada lagi rasa curiga antara satu kaum dengan kaum lain... rasa curiga yang ada sekarang adalah satu sistem yang disemai oleh BN supaya rakyat tidak bersatu dan senang mereka kawal.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Tampal Poster ALONG boleh, Tapi Poster BERSIH Haram

Posted: 20 Apr 2012 03:53 PM PDT

Demi memperbodohkan lagi rakyat, tiada siapa mahu secara serius menangkap penampal-penampal poster dan pelekat yang memaparkan iklan perkhidmatan pinjaman wang haram atau ALONG, semua kita sudah tahu masalah yang wujud dan timbul dari kegiatan haram itu.

Malah, sejak lama dulu kalau di tengah malam, pasti kita juga terjumpa penjual-penjual "mapiaw" iaitu satu kertas yang dicetak keputusan nombor ekor dan judi haram diatasnya, ia dijual dan disebar secara berleluasa, tujuannya ialah memberitahu keputusan judi nombor ekor yang tidak pernah dapat dihentikan oleh pemerintah negra ini.

Tapi bila poster yang menyeru rakyat memperjuang satu proses pilihanraya yang adil dan bersih ditampal, secepat kilat jugalah individu tersebut ditangkap. itu salah, tindakan mengajak orang ramai menuntuk hak mereka itu satu ketakutan amat sangat. tindakan mengajak rakyat menuntuk sistem pilihanraya yang adil dan bersih itu, bagi sesetengah pihak umpama tindakan pengkhianat negara dan berniat sangat jahat.

Semalam, Seorang sukarelawan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia Tan Hong Kai ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH 3.0 di Universiti Sains Malaysia (USM)

Tan Hing Kai ditangkap semasa sedang memasang poster tersebut dan kemudiaannya dibawa oleh pengawal keselamatan kampus itu ke Balai Polis Sungai Nibong.

Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH 3.0 .

Ingat ini, anda boleh saja menampal poster yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang haram, dan rakyat tertekan sehingga jadi masalah lebih teruk dalam hidup mereka, jual keputusan nombor ekor secara terbuka juga tidak salah, boleh juga jika mahau menampal poster yang mengajak orang ramai minum minuman keras, juga tampal poster konsert yang bercampur dalamnya anak muda lelaki perempuan, asalkan ia melalaikan dan buat rakyat jadi lebih bodoh tak apa.

Tapi awas, jika anda memasang poster yang mengajak kepada menuntut sesuatu yang menjadi hak anda, poster yang mengajak rakyat menuntut satu sistem yang lebih baik, anda mungkin akan ditangkap, kerana anda adalah pengkhianat negara, anda sedang cuba menghancurkan negara.

Fikir-fikirkanlah betapa bodohnya kita....... atau mereka?



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment