"tukanglawan"

"tukanglawan"


Panas !!! Video Bukti Mahasiswa Dikasari dipadam, Kita upload lagi

Posted: 19 Apr 2012 04:37 AM PDT


Tak sampai 24 jam video keganasan samseng yang menyerang secara keterlaluan mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka dan dikatakan didalangi umno malam tadi (lihat sini) ianya telah dipadamkan pada petang tadi.

Video tersebut yang memaparkan insiden sekumpulan lelaki berbaju hitam datang merosakkan khemah Mahasiswa tersebut telah diupload ke laman youtube lewat pagi tadi, beberapa jam selepas peristiwa itu terjadi.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki yang pernah menyerang ceramah ABU di Jalan Kebun Kelang telah dikenal pasti, individu tersebut sebelum ini juga telah berkelakuan ganas, namun kita tidak pasti apakah pihak polis pernah mengambil tindakan terhadapnya, ini kerana lelaki tersebut amat berani melakukan kesalahan yang sama.




"This video has been removed because its content violated YouTube's Terms of Service. " keluar di skrin video berkenaan, mengatakan bahawa video tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar syarat yang ditetapkan.

Adalah sedikit pelik kerana lebih banyak lagi vvideo-video yang lebih mengerikan dan lebih kejam terdapat di halaman youtube.

Mungkinkah tindakan memadamkan bukti video ini sebagai tindakkan melenyapkan bukti rusuhan jahat yang didalangi umno supaya nama baik mereka tidak tercemar.

dalam keadaan sekarang umno sedang bertahan, mereka akan lakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan imej mahasiswa ini, walaupun dari dalam.

jadi hati-hati, Ingat ini, Samseng yang dipercayai diupah oleh Umno datang menganggu himpunan aman sebagai usaha menakutkan Mahasiswa, dalam kejadiaan itu, kamera dan semua alat rakaman dirampas, supaya tiada bukti akan keluar, satu video telah ditayangkan di youtube, namun dalam masa tak sampai 24 jam, ianya telah dipadamkan.

Adakah ada kaitan dengan merampas alat rakaman sebagai tindakan menghapuskan bukti dengan memadam video bagi tujuan yang juga sebagai menghapuskan bukti?, tak apa lah, kita ada 1 lagi rakaman, di mana.. dan bagaimana.... bila keadaan memerlukan, rakaman paling penuh akan disiarkan dari mana mereka datang dan apa yang terjadi hatta 5 minit sebelum kejadian.

Ini adalah tindakan "menghapuskan bukti" supaya isu ini dapat di diamkan.

Lihat siapa yang mahu berbunuh-bunuhan antara puak melayu?, nukankah dia penyokong barisan nasional?, apakah orang seperti ini baik?, jika ya, kita persila makcik dan pakcik umno rebut , siapa yang sanggup ambil budak ini sebagai menantu "tukanglawan" cabar, kerana nak juga lihat muka anak pakcik dan makcik umno itu pecah.


Puak umno dan penyokong tegar Bn ini dimana mereka tidak kacau orang?, jalan kebun?, Kelang?, melaka?, kedah?. ,apakah penyokong Bn ini gangster?, atau umno itu sebuah parti politik?, atau Umno dan BN itu parti politik gangster?

Anda fikirlah sendiri, masa depan negara nak beri pada mereka?, tunggu apa, jom tumbang Umno... itu jelas. dan muktamat.



"tukanglawan" sudah muat naik semula video yang telah dapat di save, sila  lihat disini



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Video Asal dipadam, kita Upload Balik

Posted: 19 Apr 2012 04:36 AM PDT

Artikel pertama pagi tadi memaparkan 3 video kejadian serangan samseng terhadap mahasiswa di Dataran merdeka malam semalam, walaubagaimana pun, video tersebut telah dipadamkan.

Kita tidak tahu atas sebab apa ianya dipadamkan, video tersebut adalah bukti rakaman kejadian malam tadi, tindakan memadamkan video tersebut seolah -olah usaha menghapuskan bukti.

Mujurlah "tukanglawan" sempat menyalin video tersebut ke sebuah hosting rahsia sebagai simpanan, dan "tukanglawan" upload kembali supaya anda dapat melihat sendiri "BUKTI" kejadian malam tadi.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pendidikan Percuma, Apa penjelasan Anwar Ibrahim

Posted: 19 Apr 2012 04:35 AM PDT

Mahasiswa menuntut pendidikan percuma, apakah ia rialiti atau sekadar ilusi, apakah ia boleh dilaksanakan, mari lihat video dibawah.





"yukanglawan" masih tertanya-tanya, mengapa nilai bunga/ riba yang dikenakan oleh kerajaan kepada pelajar yang meminjam PTPTu sangat tinggi, jumlahnya tidak masuk akal sama sekali, membantu atau mencari keuntungan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Ahmad Maslan, Dan Hisyam Keris cuba melawak

Posted: 19 Apr 2012 03:43 AM PDT

Seperti yang telah dijangka, umno akan cuba lepas tangan dan berlagak suci seperti rosmah mansor, parti rasis itu cuba menyalahkan mahasiswa dan pakatan bila timbul isu serangan terhadap khemah mahasiswa di dataran merdeka malam tadi.

Ahmad Maslan yang sedang tidur dirumah banglo besar dan mewahnya, diatas tilam empuk dan penyaman udara yang sangat nyaman, telah bangun dari tidur tanpa satu gigitan nyamuk pun, namun sangat terkejut bila mendapat berita Mahasiswa telah diserang malam tadi, berita tersebut buat Ahmad Maslan tersenyum gembira dan hati rasa berbunga-bunga.

ketika ditemui pemberita , Dengan sinis ahmad maslan berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

Tapi dia tak pulak kata , umno asyik menyalahkan pakatan rakyat bila ada kes murtat walaupun kuasa jabatan agama dibawah kuasa mereka, bila ada kes samun dan rogol yang kuasa polis ada pada menteri, umno juga kata dan kaitkan pakatan rakyatlah punca orang melayu berpecah ( walaupun puak umno yang suka kacau orang) , sebagai buktinya setiap hari TV dan surat khabar milik umno menyalahkan pakatan rakyat, seolah-olah semua yang pakatan buat itu semua salah dan hanya umno yang betul.

Ahmad maslan juga seperti mahathir yang mudah lupa, lupa pula dia najib banyak cedok idea pakatan rakyat, jadi bila ahmad maslan kata pakatan kering idea, dia yang dah jem otak sebenarnya.

Sementara itu, hisyamuddin keris yang dah lama diam sepi , hari ini berlagak hero kepada samseng kampung kebun, bagi menyelamatkan batang tengkuk panglima buntal, dan umno khasnya dia menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Ohhhh, "tukanglawan" dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan, dia cuba kata, jika anda dapat sms atau  pesanan dari Tweet atau fb, jangan percaya, itu cerita yang sengaja diada-adakan.

Jangan marah dan melatah, bila student dah kene pukul nanti baru nilai betul atau tidak berita tu, mungkin itu maksud dia.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu. kah, kah, kah,

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. dimana seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut, cuma hisyam keris sendiri tidak tahu sama ada kejadian malam tadi  benar atau palsu sebab itu dia kata jangan mudah percaya .

Rupanya Hisyam keris lebih teruk dari Ahmad Maslan, langsung tak tahu apa-apa, menteri dalam negeri, tapi tak tahu apa yang jadi dalam negeri , benda dah jadi lagi mintak orang jangan percaya.

Woi.. nak selamat panglima buntal ke.( nak bukti kan.. nah tengok sini)


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Unit Amal Akan Kawal Perkampungan Mahasiswa

Posted: 19 Apr 2012 03:06 AM PDT

PAS akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

NONESetiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri) berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan lelaki didakwa 'samseng' membuat gangguan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan seorang mahasiswa cedera yang mendapatkan rawatan di hospital. (baca sini)

Mahasiswa mendakwa selain khemah mereka dirosakkan, kamera dan telefon bimbit mereka juga dirosakkan oleh kumpulan itu yang tidak puas hati aksi mereka dirakamkan.

NONELaporan polis sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika ditemui Malaysiakini di tempat kejadian pagi ini, Khairul Faizi berkata, buat masa ini kawalan Unit Amal hanya akan dibuat pada waktu siang dan kekal sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini, apabila bantahan mahasiswa tamat.

Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.

Sehingga sekarang, sudah enam hari kumpulan mahasiswa dan aktivis berkampung di tempat bersejarah itu.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Isu PTPTN , Mahadey lupaaa lagi

Posted: 19 Apr 2012 01:57 AM PDT

Mungkin ramai yang terkeliru isu Ptptn, mereka tertanya-tanya kenapa tiba-tiba najib dipersalahkan, dan kenapa kalungan bunga diletakkan pada gambar najib sebagai simbol kematian?.

Berbagai persoalan timbul, kenapa najib jadi mangsa, jahat sangatkah najib atau bini najib yang maha jahat dan rakus?, jadi "tukanglawan" pun cari la jawapannya, lalu terjumpa la satu artikel yang "tukanglawan" percaya jadi asas kepada kemarahan Mahasiswa. jom baca.





Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato' Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.



NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Hah, sudah jelas nampak "kehidungan" mahathir,  saat sakit-sakit nak bedah hidung pun dia masih sanggup menipu semata-mata mahu pastikan BN tidak kalah dalam pilihanraya akan datang, kita semua tahulah mahathir.. "apaaaaaaaaaaaaaaa nama" "dah lamaaaaaaaaaaaa dah"  lepas jawatan Pm, dan kita semua tahu mahathir ni mudah lupa.

Walaupun kadang-kala dia lupa dia bukan melayu tulin, kita ya kan sajalah, jagalah hati orang tua ini dengan mengaku mereka melayu.

"apaaa namaaaaaaaaaaaa" lupa pulak...

Hah, baru ingat mengapa najib diam macam tikus dalam hal ini, sebab dia la punya angkara, dengan rakyat pun mahu meniaga. rosak la negara macam ni,  mahasiswa akan tanggung hutang bila habis belajar.

Bayangkan negara nak jadi apa jika semua mahasiswa ni berhutang, tak boleh fikir ka?, hutang nei cuba kita fikir kesan buruknya, laki bini pun boleh bercerai... bayangkan kalau kita ke Universiti dalam negara, lihat la betapa ramai mahasiswa, berapa ramai pula yang jadi penghutang?....

"Apaa namaaaaaaaa?" mudah sangat lupa. tau la dah tua, dok diam-diam sudah la... ke sudah kecut takut BN tumbang.... takut nanti pecah tembelang?
 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

3 Video Penuh !!!! Serangan Terhadap Mahasiswa Dataran 19-04-12

Posted: 18 Apr 2012 06:05 PM PDT

Lebih kurang jam 2.30 pagi tadi, Mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka telah diserang oleh sekumpulan pemuda yang bermotosikal (mat rempit) yang kebanyakkannya berpakaian serba hitam.

Secara logiknya tiada sebab musabab mereka datang menyerang mahasiswa ini, melainkan mereka ini anti kepada mahasiswa ini (dengki sebab belajar malas) atau mereka diupah pihak tertentu.

Menguatkan lagi dakwaan mereka ini diupah adalah kehadiran beberapa samseng yang memakai baju umno.

Dalam kejadian awal pagi itu, mereka dilaporkan telah datang menyerangd ari 2 hala, mereka telah mencederakan beberapa orang pelajar termasuk telah menendang muka seorang mahasiswi wanita yang sedang berada dalam khemah, dalam kejadian itu juga selain telah merosakkans emua khemah berkenaan, mereka telah "merompak" beberapa kamera dan talipon bimbit mahasiswa tersebut.



Beberapa pelajar yang enggan memberikan barangan mereka telah dikasari secara teruk, itu tidak terkecuali kepada orang awam yang berada disana. lihat video di bawah



Mengapakah mereka bertindak demikian, tidak kah mereka sedar bahawa perjuangan mahasiswa ini adalah untuk kebaikan generasi akan datang, apakah kerana diupah RM10- RM20 , mereka sanggup melacur masa depan anak-anak mereka sendiri.

Mahasiswa ini tidak bertindak kurang ajar kepada orang lain, perjuangan mereka kerana kepentingan generasi akan datang, jika berjaya, pendidikan percuma atau dibiaya separuh oleh kerajaan, atau pilihan yang ada ialah meminjam dan menangung beban termasuk ( bunga/riba ) yang tidak masuk akan perlu dibayar mereka.

Tidak kah kita mahu anak-anak kita nanti dapat menyambung pelajaran dengan tidak terbeban, wang yang ada boleh dibuat belanja makan, tidak lagi mereka terpaksa mengikat perut lalu menjejaskan pembelajaran mereka.

Mungkin penyokong kerajaan kata perjuangan ini karut, tapi fikirkan semula, anda cuma ada 2 pilihan. sokong mereka atau terus angkuh seolah-olah anda pasti akan senang sampai mati. ( lain la anda pak menteri )


Apakah tindakan menyepak muka pelajar perempuan boleh anda maafkan?, apakah seorang lelaki layak memukul wanita?

Itu petanda lelaki dayus, lelaki seperti itu tidak akan mampu mempertahankan negara, , Pelajar wanita itu pula kuat, Dia tidka berganjak dari perjuangan untuk bangsa nya.

Berbohongkah "tukanglawan", jom lihat video dibawah ( sila kuatkan audio atau pakai earphone )



lihatlah betapa samseng berlesen dikerah untuk belajar jadi penjenayah, mereka-mereka ini nanti akan merosakkan negara, anda pilih mahu anak anda jadi mahasiswa yang berjuang untuk masa depan,a tau mahu anak anda jadi "tukang pukul" yanga khirnya mungkin jadi perompak dan penjenayah yang conteng arang ke muka anda.

Pilihlah, jika anda mahu anak anda berjuang untuk masa depan, kerah anak anda ke Dataran Sekarang. mereka perlukan bantuan anda. sila sebarkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Skandal Artis dan VVIP... Menteri pulak terkedu

Posted: 18 Apr 2012 05:26 PM PDT

Adoi, dunia artis, dunia pak menteri, bukan sekali dua kita dengar skandal artis dan pak menteri, tiba-tiba terkeluar lagi satu cerita, apa kisahnya ni?., terbaca kisah panas yang baru tersiar di banyak blog dan portal berita,

Dulu pernah la dia menafikan, kononnya ada hubungan dengan pak menteri, "tukanglawan" pun bukan lah nak fitnah, sebab "tukanglawan" pun tak tahu la kan betul atau tidak dia ada skandal dengan pak menteri ke tak.

Mungkin ada kalangan wartawan hiburan yang terhidu agaknya, lalu bertanya, dan jawapannya konon tak ada. api kalau dah secantik ini, takkan tak ada pak menteri terkejar-kejar kan.

Tiba-tiba si artis ni buat cerita gempar, kononnya duit ratusan ribu dah hilang kena curi dengan si pemandu peribadi,  wah, bukan main kaya artis malaysia ni, pakai pemandu peribadi rupanya, mungkin dia model terkenal, setiap hari dapat tawaran, atau pelakon terlalu popular sehingga bayaran terlalu mahal. agaknya la., boleh pakai pemandu peribadi lagi.

Tiba-tiba teringat kat nasib artis kita sorang lagi tu, yang sedang terlantar sakit sekarang, (baca sini)



Tapi, tiba-tiba pulak isu ini dibongkar kembali PKR yang mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.


Huh banyak betul gaji menteri ni, tak sangka pulak gaji menteri sampai boleh bagi "gitu saje " kat artis yang dia minat kan, ada yang kata menteri tu ade hubungan dengan sapa entah, khabarnya yang fitnah Anwar Ibrahim dulu, salah sorang 3 sekawan tu la kalau tak silap.

Entahlah, jadi menteri ni agaknya artis kejar kot, itu pun kalau menteri tak kejar artis la, "tukanglawan" tak mahu tuduh, kita bagi peluang menteri tu  dan artis ni jawab dulu, sebab mesti la rakyat nak tahu juga, betul ke tak cerita ni. sebab dah tersiar kat banyak blog dah yang ni... sila jawab, jangan segan-segan, email kat tukanglawan pon ok.




Kat menteri tu, "tukanglawan" takmo tanye macam mana dia "ayat" artis tu, tapi dari mane dapat duit banyakx2 tu..... lumayannnnnnnnnnnnnnn hidup.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

SPR jaga-jaga, Selangor Mahu Audit pengundi

Posted: 18 Apr 2012 04:24 PM PDT

PAS Selangor akan bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi melaksanakan gerak kerja membersihkan senarai pemilih di setiap Dun bagi mengatasi kebanjiran pengundi tambahan.

Berkata pada sidang media di Shah Alam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ab Rani Osman (gambar) turut mengatakan PAS Selangor juga turut mengumpulkan bukti terdapat satu jumlah yang amat besar pengundi-pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor yang memiliki nombor kad pengenalan bernombor Sabah dan Sarawak.

"PAS akan berkerjasama dengan PKR dan juga DAP bagi melaksanakan gerak kerja audit membersihkan senarai pemilih di setiap Dun dan Parlimen.

"Malah apa yang diketahui penambahan nama pemilih di setiap Dun dan kawasan Parlimen adalah amat luar biasa," jelasnya.

Dalam pada itu juga, beliau turut berterima kasih atas pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang memberitahu wujud sebuah 'task-force' yang diketua ioleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Senarai nama-nama yang terlibat dalam 'task-force' tersebut membuktikan lagi kesahihan wujudnya konspirasi dan curang tajaan BN.

"Malah Mimos Berhad turut melaporkan bahawa terdapat lebih 200 ribu pengundi yang diragui dalam daftar pemilih SPR," katanya lagi.

Adun Meru itu juga turut menyatakan, PAS melalui Sekretariat Pakatan Rakyat akan membantu menjayakan Program Pendemokrasian Rakyat anjuran kerajaan negeri.

"PAS akan bersama-sama mendukung aspirasi rakyat bagi mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau lagi.

Ketika ditanya adakah PAS akan terus bertanding walaupun daftar pemilih SPR tidak bersih.

"PAS akan tetap bertanding dalam pilihanraya yang akan datang walaupun kita tahu daftar pemilih itu tidak bersih seperti yang kita kehendaki.

"Tetapi PAS akan pastikan setiap ahli akan bekerja keras dalam mengenalpasti bahawa mereka yang benar-benar sah sahaja dibenarkan mengundi, jika ada nama yang mengelirukan kita akan terus membantah," sambung beliau lagi


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Timbalan Menteri Nak kene Tampar Kat Kelantan

Posted: 18 Apr 2012 04:10 PM PDT

Wah hebat perebutan calon dalam parti Umno Kelantan sampai ada timbalan menteri diberikan warning akan ditampar. Kenapa belum apa-apa lagi sudah ada tawaran tampar menampar? Tentu kalau menjelang pilihan raya nanti ada yang kena tampar sesama sendiri.

Ceritanya begini seorang timbalan menteri dipanggil untuk mengisi satu program parti di sebuah kawasan di Kelantan. Timbalan menteri in tidak tahu masalah dan apa yang sedang bergelumang di kawasan berkenaan. Dia hadir seperti biasa sebagai pemimpin Umno bertaraf timbalan menteri dari Kuala Lumpur untuk membantu kawan.

Beliau datang ikhlas kerana hendak membantu kawannya itu. Kebetulan pula kawan itu pernah duduk dalam satu gerakan yang waktu itu diketuai Anwar Ibrahim. Kedua-dua mereka bakal calon dan timbalan menteri muda itu berketuakan Anwar dan merupakan kawan akrab Anwar.

Kawan timbalan menteri itu sudah pun diura-urakan akan dipilih menjadi calon kerusi parlimen. Perkara itu sudah pun diumumkan oleh TPM, Udin anak Yassin maka individu berkenaan mulalah membuat kerja untuk menggerakan parti dan berkempen.

Malangnya ada individu di bahagian berkenaan kurang senang dengan pemilihan kawan timbalan mernteri itu. Dia marah kerana pemilihan itu tidak dimaklumkan kepadanya dan juga seakan mencabar kedudukannya sebagai ketua bahagian. Pemilihan kawan timbalan menteri itu dikira membelakangnya.

Kenapa beliau marah kerana sudah lama bergerak untuk parti dan sudah banyak wang habis. Tiba-tiba nama orang lain ditonjolkan, jadi marahlah dia.

Apabila dia tahu timbalan menteri itu ke bahagiannya dan sedang minum pagi di rumah bakal calon itu, tanpa mengundangnya sama, ketua bahagian berkenaan dikatakan menghantar SMS kepada timbalan menteri itu memberi warning agar tidak hadir ke program yang diaturkan. Katanya SMS itu berupa amaran kalau timbalan menteri itu hadir juga, dia akan ditampar.

Kerana takut kepada amaran itu maka timbalan menteri berkenaan tidak menghadiri apa-apa program yang diaturkan pada hari itu. Jadi pemergian timbalan menterti itu hanya tidak lebih dari untuk berjumpa kawannya itu dan makan tengah hari di rumahnya.

Aduh sampai ke situ ke Umno macam mana nak menang kalau macam ni?

Sumber


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment