Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Warta Pahang: OCPD Kuantan Gesa Orang Ramai Tingkatkan Tahap Keselamatan Bagi Elak Jenayah

Posted: 22 Apr 2012 11:26 PM PDT

KUANTAN 23 April - Orang ramai di sekitar bandar ini diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan kenderaan masing-masing kerana jenayah pecah rumah dan kecurian kenderaan semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kosmisioner Mohd. Jasmani Yusof (foto) berkata, penduduk di daerah ini juga diminta memaklumkan kepada pihak polis melalui bilik gerakan sekiranya mahu meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. "Selain itu, penduduk boleh memberitahu jiran masing-masing selain meningkatkan keselamatan seperti berhenti melanggan surat khabar, memasang lampu di luar rumah dan sentiasa memastikan pintu rumah dikunci dengan baik. "Banyak kes kecurian motosikal turut dilaporkan berlaku di pekarangan rumah selain di pusat membeli-belah," katanya. Kata Mohd. Jasmani, kebanyakan kes kecurian dan pecah rumah terbabit dilakukan oleh golongan remaja dan penagih dadah. "Kita percaya mereka menjual motosikal yang dicuri sebagai alat ganti dengan mengambil komponen tertentu pada harga semurah RM200 hingga RM300 sahaja," katanya lagi. Tambahnya, walaupun pihak polis kerap menjalankan rondaan dan membuat pemantauan namun kerjasama daripada masyarakat dalam membantu mengurangkan kadar kes jenayah.

[Kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi terkadang menakutkan orang ramai. Malah, ada sebahagian daripada mereka yang ditimpa kejadian yang berulang-ulang akibat kecuaian tersebut. Justeru, saranan OCPD Kuantan itu haruslah diambil perhatian secara positif bagi menggelakkan kejadian yang sama berlaku ke atas harta benda kita. Terkadang, rakyat perlu berterimakasih kepada pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan mereka biarpun mereka terpaksa berhadapan dengan segala rintangan dan masalah sebenarnya. Maka, semua pihak digesa berkerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak polis agar kesemalatan mereka juga akan lebih terjamin pada masa yang akan datang].


No comments:

Post a Comment