Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Bukit Sekilau Meriah, Ribuan Hadir Ke "Masjid Saidina Ali" Malam Tadi!

Posted: 16 Apr 2012 08:55 AM PDT

KUANTAN, 17 April - Kuliah Maghrib, pendakwah terkenal tanahair Ustaz Azhar Idrus (foto) terus mendapat sambutan dikalangan umat Islam. Ribuan hadir ke Masjid Saidina Ali Bin Abu Talib, Bukit Sekilau dekat sini malam tadi. Kehadiran orang ramai menyebabkan, jalan utama dari bandar ke Bukit Sekilau terpaksa ditutup untuk mengelakkan kesesakan bermula di persimpangan kawasan gerai berhadapan dengan UiTM Bukit Sekilau. Orang ramai kelihatan berjalan kai dan meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan bangunan kedai sekitar kawasan terbabit untuk ke masjid berkenaan sekitar 500 meter dari situ. Di sepanjang jalan Bukit Sekilau, gera-gerai jualan memenuhi setiap ruang sejak awal-awal lagi. Kesesakan lalu lintas dapat dikawal dengan kecepatan petugas-petugas Unit Amal PAS mengawal keadaan. Sementara itu di kawasan masjid orang ramai sudah mula bersesak-sesak, hingga ke pintu pagar. Ramai yang tidak dapat masuk ke kawasan masjid. Mujurlah pihak penganjur menyediakan banyak skrin besar termasuk di kawasan padang sekolah bersebelah masjid berkenaan. Ustaz Azhar seperti biasa membuat orang ramai tidak kering gusi dengan kuliahnya yang penuh dengan unsur-unsur humor dan jenaka. Kuliah beliau malam tadi membicarakan persoalan tentang "ibadah puasa". Kuliahnya seperti biasa berakhir dengan sessi soal jawab. Ketika program hampir berakhir iaitu 15 minit sebelum jam 10.00 malam, tiba-tiba hujan lebat turun mencurah-curah. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan berlindung dibawah kanopi yang disediakn di perkarangan masjid berkenaan. Hujan menyebabkan, air bertakung di sana-sini. Ia menyebabkan suasana menjadi panik seketika, sebelum kuliah Ustaz Azhar berakhir sekitar jam 10.05 malam. Program berakhir dengan solat Isyak berjemaah, namun ramai yang berada di luar tidak dapat bersama kerana tikar yang disediakan "basah kuyup" akibat air hujan yang bertakung. Apapun, apa yang menarik kuliah beliau malam tadi turut dirakamkan oleh krew-krew Pahang FM (RTM). Apa yang pasti, ini menunjukkan kuliahnya semakin diterima oleh pelbagai pihak baik pembangkang mahu pun kerajaan. Malah, di sebelah paginya beliau telah mengadakan program soal jawab agama bersama ahli-ahli Puspanita di Rompin selepas berceramah malamnya.





Kes Lynas: Fuziah Kecewa Hakim Buat Keputusan Kerana Beliau 'Tidak Mahu Memalukan' Menteri !!

Posted: 16 Apr 2012 04:01 AM PDT

KUANTAN, 16 April - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) mendakwa akan mengarahkan barisan peguam membuat permohonan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran yang difailkan sepuluh penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng pada 12 April lalu. Menurut Fuziah permohonan akan dibuat serta merta kerana mereka tidak takut dan tidak gentar untuk nyahkan Lynas balik ke nagara asalnya Australia. Beliau berjanji akan terus lawan hingga Lynas meninggalkan negara ini. Fuziah berkata demikian ketika hadir ke Himpunan Anti Lynas anjuran Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diadakan di Masjid Al-Fatah dekat sini Jumaat lalu. Hakim Datuk Rohana Yusuf, dalam penghakimannya, mendakwa selepas menimbang teliti bantahan permulaan oleh Pejabat Peguam Negara dan AELB, permohonan itu adalah pramatang. Katanya, perkara itu masih menunggu rayuan di hadapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan lima lagi penduduk tempatan turut merayu terhadap isu sama kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai LAMP. Rohana berkata, berikutan tindakan AELB menggantung pengeluaran TOL bagi projek itu maka mahkamah bukan menjadi forum betul untuk menyemak semula permohonan itu. Katanya, rayuan lima penduduk kepada menteri berkenaan dilakukan menurut syarat peruntukan relevan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan ia harus dihormati dengan sewajarnya. Berdepan dengan proses rayuan di hadapan menteri, katanya, mahkamah tidak boleh menjejaskan proses tersebut. Mengulas perkara itu, Fuziah tegaskan kalau permohonan itu ditolak perkara biasa, kerana Lynas itu satu syarikat yang besar.






"Lynas ini sekarang .. bercakap seolah-olah Malaysia ini negara bapak dia .... jadi kalau ditolak itu kita tidak terperanjat... kerana Lynas pun beri 0.05% daripada keuntungannya kepada AELB. Sebab itu Lynas berani buat macam seolah-olah ia berkuasa. Akan tetapi yang saya cukup kecewa ialah apabila hakim mengatakan bahawa keputusan itu dibuat kerana dia tidak mahu memalukan menteri... kerana pada 17 haribulan (ini) ada penduduk Kuantan yang akan berjumpa dengan menteri .. merayu kepada menteri untuk merubah keputusan tentang keluarnya lesen (TOL), kemudian ada juga satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) yang sedang melihat kepada keselamatan isu LAMP ini"
, kata beliau. Sementara itu Fuziah dalam kenyataannya juga mengesa Lynas tidak membuat orang Malaysia macam orang bodoh. "Memang kita negara ketiga, tetapi jangan senang-senang ingat orang Malaysia bodoh. Jangan senang-senang nak buat kita ini sebagai tempat buang sisa buangan sisa radioaktif mereka. Buat di Australia, bawa balik ke Australia dan buanglah di sana. Jadi dengan itu kita akan terus bersama-sama pada 28 April ini, kita akan bersama-sama dengan gelombang hijau dan kita akan bersama-sama berjalan dengan gelombang kuning nanti ", kata Fuziah Salleh yang merupakan Naib Presiden PKR.





Sementara itu, laporan Malaysikini hari ini menyebut selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan Fuziah berhubung kontroversi projek Lynas masih tidak disiarkan di televisyen. Beliau berkata, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan kepadanya kepada debat dalam rancangan "Bicara Rakyat" yang dikendali oleh Syed Munawar Syed Mustar masih belum disiarkan. Katanya, beliau hanya dapat berhubung dengan moderator yang berkata masih belum menerima sebarang arahan siaran setakat ini. Ahli panel lain termasuk Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang. Rancangan itu dirakam pada 16 Mac dan dikatakan sepatutnya disiarkan pada 23 Mac 2012 lalu.

[Himpunan di Kuantan baru-baru ini telah berjaya mendapat sokongan daripada ramai pihak. Tinjauan krew PDO ke masjid berkenaan baru-baru ini mendapati orang ramai mula berkumpul sebelum solat Jumaat lagi, termasuk orang-orang Cina. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis
Cawangan Khas (SB) mengawal keadaan di sekitar kawasan terbabit. Selepas solat, himpunan dimulakan dimana Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim berucap dengan menggunakan pembesar suara. Ucapan kemudian diikuti oleh lain-lain pemimpin dalam cuaca yang agak panas. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong membacakan doa penutup himpunan terbabit. Sementara itu, ceramah kemudian disambung semula oleh YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang baru tiba selepas itu. Beliau membongkarkan rahsia apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dimana hakim didapati bertindak tidak wajar bila membuat keputusan menolak bantahan rakyat kerana takut timbul keliru dan memalukan Menteri sekiranya keputusan hakim tidak sama dengan keputusan menteri. Apapun perjuangan itu tetap diteruskan].


No comments:

Post a Comment