Pahang Daily Online |
Panas: 'MB Pahang' Di Gesa Tarik Balik Kenyataan Perkauman Kepada 'Orang Cina' Dalam Isu Lynas! Posted: 15 Apr 2012 08:04 AM PDT ![]() Kenyataan Adnan ini bukan sahaja tidak berasas, malah ia satu usaha terdesak untuk menyelamatkan diri beliau daripada terpalit dengan isu Lynas itu sebenarnya. Malah, susulan daripada kenyataan itu maka ramai pemimpin UMNO dengan bangganya mengatakan orang Cina di Kuantan berjuang menentang Lynas sebab dengki kerana kaum terbabit tidak mendapat projek dengan Lynas. Mereka mengatakan Lynas hanya mengambil kontraktor dan syarikat bumiputera untuk berkerjasama dengan mereka terutamanya melibatkan kontrak-kontrak besar di kilang itu sejak dari awal pembinaannya hinggalah seorang. Mereka menuduh, orang Cina di Kuantan sengaja menimbulkan isu sebab mereka cemburu dan irihati projek itu dimonopoli oleh kontraktor yang berbangsa Melayu. Franky (Cina) Yang Jual Tanah Itu Kepada Lynas Namun, apa yang mengejutkan selepas beberapa siasatan yang PDO jalankan, ternyata dakwaan mereka meleset sama sekali. Difahamkan, kontraktor terbesar yang mendapat projek itu adalah berbangsa Cina iaitu syarikat Franky Construction Sdn Bhd. Difahamkan tanah seluas 250 ekar yang kini menjadi tapak kilang Lynas juga adalah kepunyaan syarikat terbabit menerusi Frankyland. Tidak dapat diketahui berapa juta ringgit tanah terbabit dijualkan kepada Lynas Corporation dari Australia itu. Bukti, laporan dari laman web Frankyland tentang tanah itu Tanah hutan bakau yang sudah lama tidak digunakan itu dipercayai dijual oleh seorang kontraktor Melayu yang kini merupakan orang kuat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) dengan kerjasama proksinya di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Franky membeli tanah terbabit dengan nilaian jutaan ringgit dan syarikat itu juga berjaya mendapatkan tender kontrak yang berkaitan di dalam Lynas dengan jumlah puluhan juta ringgit (RM64,842.595.00) juga. Ini bermakna, orang Cina sebenarnya mendapat untung lumayan daripada projek Lynas. Maka tidak timbul soal orang Cina berdengki dengan orang Melayu lantaran itu mereka membantah projek tersebut sebenarnya. Menteri Besar Pahang harus memahami semua ini dan tidak terus menyerang dengan menggunakan alasan perkauman untuk menidakkan usaha orang Cina menghalang projek berkenaan. Malah, selain orang Cina ramai lagi orang Melayu dan bangsa lain yang turut menentang. Untuk bukti keterangan lanjut berkenaan paparan ini sila klik laman CIDB laporan ini bukti Franky dapat kontrak bernilai (RM64,842.595.00) [Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat membuktikan apa yang didakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dan lain-lain pemimpin serta penyokong Lynas bahawa projek tersebut dibantah oleh orang-orang Cina kerana mereka dengki dan irihati terhadap Lynas adalah meleset sama sekali. Kini terbukti, jelas sekali Lynas ini dibantah kerana faktor risiko keselamatan dan kesihatan yang akan ditanggung oleh rakyat Kuantan 10 atau 20 tahun akan datang. Tidak timbul soal perkauman atau sebagainya. MB Pahang harus berhati-hati dalam mendedahkan sesuatu, agar rakyat tidak terus berkata beliau adalah "MB yang paling bodoh di Malaysia" satu hari nanti. Bercakap memang senang, tetapi rakyat yang akan menghadapinya amat sukar menerima projek ini. Semoga apa yang dibongkarkan ini akan menjadi pengajaran kepada pihak yang berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan selepas ini hendaknya]. |
Panas: Tamparan Hebat Kepada Annuar Musa, 50 Ahli UMNO Ketereh "Keluar Parti" Dan Sertai PAS ! Posted: 15 Apr 2012 08:03 AM PDT ![]() [Perkembangan ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat bekas Menteri Belia Dan Sukan itu. Beliau kini seolah-olah sudah tidak disenangi lagi oleh penyokong beliau sendiri gara-gara tindakan kurang bijak selepas dia tergamak mempertikaikan dan menggunakan rakyat untuk menyerang peribadi Presiden FAM yang juga Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah. Kini, Annuar Musa bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dan kemungkinan akan ditendang oleh PM Najib Razak sebagai calon BN di kawasan tradisinya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Tindakan beliau mempertikaikan keputusan Lembaga Tatatertib FAM akhirnya memakan dirinya sendiri. Justeru Annuar Musa digesa mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Usahlah terlalu taksub hingga mengajak rakyat untuk menghina Sultan Negeri Pahang dalam kesnya itu]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment