Liang Lahad....

Liang Lahad....


KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR - DATA TERKINI PROGRAM "MES" DI SELANGOR

Posted: 20 Apr 2012 08:58 AM PDT

Program MES ataupun "Merakyatkan Ekonomi Selangor" adalah satu program yang hanya wujud sejak 2008...

Iaitu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor daripada BN/UMNO...

Zaman UMNO dahulu yang ada hanyalah program "Mengkayakan Kroni UMNO"..
rakyat Selangor tidak menerima apa-apa dari kerajaan negeri dalam bentuk kebajikan..
tiada program kebajikan seperti MES yang disediakan...

Malah sebenarnya rakyat negeri Selangor ketika menjelang PRU 2008 lalu sedang disiapkan oleh UMNO untuk menerima kenaikan bil air sebanyak 37% apabila Kerajaan UMNO Selangor sudah pun menandatangani
perjanjian dengan Syarikat Syabas sebelum PRU 2008 yang lalu...

Seperti biasa,UMNO pada waktu itu mengatakan bahawa bil air terpaksa dinaikkan kerana jika tidak Selangor akan kehabisan air..

Alasan bodoh semacam itu tidak asing bagi kita bila bercakap mengenai UMNO..

Bila nak naikkan harga petrol pun UMNO bagi alasan bahawa minyak petrol akan habis di bumi ini...

Aku tak faham le pulak bagaimana dengan cara menaikkan harga petrol, minyak kat dalam bumi ni akan membuak-buak keluar..?

Jadi berbalik kepada MES tadi...
daripada "zero" , Pakatan Rakyat wujudkan MES..

Dan dalam tempoh 4 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor ini,maka beginilah peruntukan yang diberikan kepada rakyat melalui Program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"


Program MES telah dilebarkan pula menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat .

Pelbagai program telah dilaksanakan di bawah Hasil Negeri Untuk Rakyat ini, antaranya;
  • Jom shopping bagi warga emas,
  • Pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran.
  • Program Pendidikan - SPIES, GEMS, Tuisyen Rakyat
  • Skim Perumahan Pekerja Ladang
  • Bantuan pengurusan bangunan, lif & pusat komuniti.
  • Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia 4 tahun (lahir 2008).

Apa yang UMNO tidak boleh sediakan sejak dari 55 tahun yang lalu..
telah dapat dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat...

Adakah kita masih mahu menolak sebuah Kerajaan Negeri yang mengutamakan rakyat..?

UMNO perintah,bil air kita pasti akan meningkat...
itu memang pasti kerana perjanjian Syabas dengan Kerajaan UMNO sememangnya telah dimetrai pada awal 2008 sebelum pilihanraya pada tahun tersebut...

SKANDAL SCORPENE - HAKIM PERANCIS SETUJU NAJIB DAN ZAHID HAMIDI DIPANGGIL BERI KETERANGAN.

Posted: 19 Apr 2012 09:49 PM PDT

Semalam..
Hakim Perancis Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris bersetuju dan menerima Najib dan Zahid Hamidi unuk dipanggil sebagai saksi dalam kes Skandal kapal Selam Scorpene yang dibeli oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002..

Malaysiakini
Suaram mengemukakan hujah yang disampaikan oleh ;

  • Kua Kia Soon,Pengarah Suaram 
  • Cynthia Gabriel anggota sekretariat  dan 
  • Fadiah Nadwa Fikri,Peguam 
Manakala William Bourdon dan Joseph Breham adalah merupakan peguam Perancis bagi pihak Suaram

Hakim mahkamah Perancis menerima keterangan Suaram supaya keterangan dari saksi mereka diterima di dalam perbicaraan tersebut..

Ini kerana menurut Suaram,Kerajaan Najib gagal memberikan penjelasan yang dimahukan oleh pihak Suaram berhubung pembelian dan pembayaran sogokan yang berlaku ketika urusniaga pembelian kapal selam tersebut...

Lagi satu hujah pihak Suaram dihadapan Hakim Perancis adalah berkenaan dengan pembunuhan gadis Monggolia,Altantuya Shaariibu..

Justeru itu antara saksi yang dicadangkan oleh Suaram dan diterima oleh Hakim Perancis antaranya adalah Najib Razak dan juga Zahid Hamidi..

Kita perlu tahu..
bahawa Altantuya sudah mati dibunuh dan diletupkan dengan C4...
dia datang ke Malaysia untuk menuntut bahagian beliau di dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene..

Dan kita juga digambarkan bahawa pembunuhnya sudah pun diadili..
mungkin juga benar  Cif Inspektor Azilah bin Hadr dan Koperal Sirul Azhar Umar lah yang membunuh Altantuya...

Tapi kita jangan lupa...
Azilah dan juga Sirul ni sebenarnya pada awalnya tak kenal langsung dengan Altantuya ni...
jadi,mereka bunuh Altantuya bukannya sebab Altantuya ada buat salah dengan diorang...

Mereka bunuh Altantuya kerana mereka dapat arahan...
arahan untuk membunuh dan "mendiamkan" Altantuya ni...
tetapi...
orang yang mengarahkan mereka sehingga kini masih lagi bebas...

Inilah yang kita harapkan untuk diberikan jawapan bagi setiap segala persoalan di dalam skandal berdarah pembelian Scorpene ini...

Dan amat menarik minat kita semua untuk melihat Najib menjadi saksi dan di soal di dalam mahkamah Perancis...

kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment