Pahang Daily Online |
- Kerajaan Negeri 'Pulau Pinang' Akan Beri Insentif Bernilai RM100,000 Kepada Datuk Lee Chong Wei
- Gagal Dapat "Emas" Di London, Chong Wei Belum Putuskan Aksinya Di Olimpik Rio De Janeiro 2016!
- Ramai Kecewa Kenyataan 'MP Paya Besar' Supaya PBT Saman Peniaga, Tidak Kibar Jalur Gemilang !!
- Isa Samad: Generasi Kedua Felda Akan Menerima Durian Runtuh "Selepas Hari Raya Aidil Fitri" Ini
| Kerajaan Negeri 'Pulau Pinang' Akan Beri Insentif Bernilai RM100,000 Kepada Datuk Lee Chong Wei Posted: 07 Aug 2012 02:16 AM PDT
[Datuk Lee Chong Wei memang layak untuk diberikan anugerah dan insentif tertinggi kerana beliau telah berjaya mengharumkan nama negara dipersada dunia. Orang mula mengenali Malaysia kerana kejayaan demi kejayaan yang beliau lakarkan dalam acara badminton itu sendiri sebenarnya. Justeru, tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan insentif RM100,000 itu juga boleh menjadi pembakar semangat buat Chong Wei dan keluarganya selepas terlepasa ganjaran RM4 juta bila tewas kepada Lin Dan di perlawanan akhir badminton di Olimpik baru-baru ini]. |
| Gagal Dapat "Emas" Di London, Chong Wei Belum Putuskan Aksinya Di Olimpik Rio De Janeiro 2016! Posted: 07 Aug 2012 02:17 AM PDT
Sementara itu, difahamkan lebih 1,000 peminat yang mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata sokongan setibanya Chong Wei ke tanah air hari ini. Ruang balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk dan poster antaranya tertera 'LCW - National Hero' dan 'We Love You LCW'. Semasa menantikan ketibaan Chong Wei, mereka turut menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' secara beramai-ramai. Suasana di balai ketibaan itu riuh apabila berita pesawat Malaysia Airlines MH02 yang membawa Chong Wei dari London dilapor mendarat pada kira-kira 7.30 pagi, dengan peminat mula melaung-laungkan nama beliau berulang kali. Sebaik sahaja Chong Wei melangkah ke balai ketibaan sejam kemudian, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' dan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' serta melaungkan nama pemain badminton negara itu.
[Apapun, yang pasti Datuk Lee Chong Wee masih yang terbaik sebenarnya. Samada faktor usia akan menghalang beliau beraksi di Olimpik 2016 itu hanya beliau yang dapat menentukan potensi dirinya. Jika dilihat kepada semangat juang dan kekentalan permainannya ternyata Chong Wei masih dikelas tersendiri. Amat sukar untuk mencari ganti sehebat beliau walau pun kita ada bakat-bakat baru yang pernah beraksi di pentas dunia. Nama-nama mereka hilang begitu sahaja tanpa sebarang peningkatan dalam permainan masing-masing. Namun, Chong Wei terus keonsisten untuk unggul dalam sukan badminton. Soalnya, apakah kita mampu lahirkan lebih banyak lagi Lee Chong Wei selepas ini? Ia terus menjadi kemusykilan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menggilap pemain sehebatnya sejak dari awal bangku sekolah lagi. Jika tidak kesinambungan perjuangan Chong Wei dalam sukan badminton pasti akan terus malap ditelan zaman. Apapun, syabas diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei]. |
| Ramai Kecewa Kenyataan 'MP Paya Besar' Supaya PBT Saman Peniaga, Tidak Kibar Jalur Gemilang !! Posted: 06 Aug 2012 05:49 PM PDT ![]() KUANTAN, 7 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dan terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) agar Manan, dalam satu kenyataan beliau menyebut setiap premis perlu diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang kerana dengan kemerdekaan negara selama ini, mereka boleh mencari rezeki. Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat negara ini mengukuhkan semangat patriotik mereka setelah mengecap keamanan dan keharmonian sejak lima dekad lalu. Katanya lagi, |
| Isa Samad: Generasi Kedua Felda Akan Menerima Durian Runtuh "Selepas Hari Raya Aidil Fitri" Ini Posted: 06 Aug 2012 05:11 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian runtuh' selepas sambutan Aidil Fitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad (foto) hari ini. Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tak ada masalah. PM akan tentukan bila, dan kita akan bayar kerana duitnya sudah sedia ada. "Ketika ini, kita (Felda) sedang menguruskan pemberian 'durian runtuh' fasa kedua untuk isteri peneroka. Lebih 50 peratus agihan yang bermula sejak minggu pertama Ramadan telah selesai dibuat kepada mereka yang layak," katanya pada sidang media sebelum majlis Meraikan Anak Yatim dan penerima sumbangan Ramadan anjuran Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Datuk Sabri Ahmad. Mengenai majlis meraikan anak yatim dan sumbangan Ramadan itu, Isa berkata program anjuran Yayasan Felda dengan kerjasama Syarikat Kumpulan Felda adalah antara tanggungjawab sosial korporat Felda. "Ini tanggungjawab sosial yang dijalankan selaras dengan program Kasih Felda yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Beliau meminta program kemasyarakatan disebar luas supaya lebih ramai masyarakat di negara ini dapat sedikit sebanyak khidmat daripada Felda, khususnya Yayasan Felda," katanya. Seramai 207 anak yatim dari lapan pertubuhan dan rumah anak yatim di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sumbangan pakaian dan duit Raya. Selain itu, seramai 320 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya, dan 56 pesakit di Pusat Hemodialisis Felda turut menerima sumbangan Ramadan berupa duit raya dan juga hamper. [Ramai yang berpendapat, pemberian bonus durian runtuh untuk generasi kedua Felda ini pasti akan mengundang lebih banyak musibah dari yang sebelumnya. Apa tidaknya, jika durian runtuh untuk isteri peneroka pun kecoh gara-gara ada peneroka yang berkahwin lebih dari satu, atau berkawin baru selepas isteri tua diceraikan. Kekecohan berlaku bila kedua-dua pihak datang ke pejabat Felda untuk menuntut bahagian masing-masing. Kini, bayangkan kedua-dua isteri mempunyai ramai anak dan sudah pastilah kesemua anak akan menuntut bayaran tersebut. Itu belum termasuk anak tiri dan sebagainya. Apapun, semua pihak diminta bersabar dan menghadapi dugaan ini dengan tabah. Pemberian durian runtuh kali ini harus ditangani sebaiknya supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





No comments:
Post a Comment