Pahang Daily Online |
| Promosi Fabrik, "Gila Gila Raya" Di Mylea De'Bayu Sdn Bhd Kini Berjaya Tarik Minat Warga Kuantan Posted: 11 Aug 2012 06:54 AM PDT ![]() KUANTAN,11 Ogos - Orang ramai yang ingin mencari fabrik keperluan Hari Raya Aidil Fitri kini boleh berkunjung ke Mylea De'Bayu Sdn Bhd di Tanah Putih dan Berjaya Megamall Kuantan. Ini kerana Mylea menawarkan promosi hebat "Gila-Gila Raya" bermula pada hari ini 11 hingga 14 Ogos 2012 kini telah berjaya menarik minat orang ramai. Pengurus Besarnya, Puan Norazizah Jusoh (foto) berkata Mylea menawarkan kaedah "One Stop Centre" dimana pelanggan boleh memilih fabrik, tempah pakaian dan diberi khidmat runding fesyen percuma oleh syarikat terbabit. Dengan slogan "Inspirasiku Dimatamu", syarikat yang ditubuhkan pada 15 Januari 2010 itu kini mula mendapat tempat dikalangan warka Kuantan. Mylea merupakan anak syarikat kepada Asas Bayu Sdn Bhd yang merupakan 100% milik bumiputera."Matlamat utama kami ialah menjadi salah satu pusat fesyen terkemuka di Pantai Timur... maka itu kami menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan untuk memenuhi citarasa mereka memilih fabrik bermutu. Mylea Tanah Putih (Ibu Pejabat) beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, manakal di Berjaya Megamall pula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam", kata Puan Norazizah. Beliau turut menegaskan, kelebihan yang ada pada Mylea ialah mereka menyediakan pakar perunding fesyen percuma, penghantaran percuma ke rumah sekitar Kuantan, bengkel jahitan, beg tangan jenama sendiri (Mylea), tempahan pakaian wanita, aksesori, tempahan baju korporat, fabrik terbaik yang diimport dari China dan Taiwan, tempahan pakaian lelaki serta sulaman manik. "Jenis fabrik yang terdapat di Mylea dimpot dari Paris, Itali, India, Vietnam, China, Indonesi dan terdapat juga dari Malaysia sendiri. Antara jenisnya ialah Chiffon, Chiffon Shaded, Cotton, Polyester, Lycra, Lycra JC, Satin, Satin Silk, Knitted Printed, Net Printed, Net Plain, LInen, Gamis Jeans, Batik, Viscose, Fancy, Slack, Shamus dan Lace", katanya. ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Panas: Lagi Kejutan Buat Rakyat Semakin Keliru, Raja Petra Dedah Komplot Fitnah PM Najib Razak Posted: 11 Aug 2012 03:09 AM PDT
Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






No comments:
Post a Comment